Saturday, November 17, 2012
Saturday, November 10, 2012
PSK: LATIHAN OBJEKTIF TAHUN 4
PSK: LATIHAN OBJEKTIF TAHUN 4
1. Mengapakah kita perlu mengenali diri sendiri?
2. Apakah tujuan kita bersenam?
3. Berikut ialah cara belajar yang betul, kecuali _______
4. Keputusan peperiksaan kamu kurang cemerlang berbanding dengan keputusan peperiksaan abang. Apakah tindakan kamu?
5. Siapakah Ketua Negara Malaysia?
6. Surina ingin mengambil lauk di depan ibunya. Apakah dialog yang sesuai Surina ucapkan?
7. Pernyataan yang berikut menerangkan tentang keunikan Malaysia, kecuali _______
8. Apakah kebaikan murid mengamalkan budaya cemerlang?
9. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh murid ketika menyanyikan lagu kebangsaan?
1. Mengapakah kita perlu mengenali diri sendiri?
A. supaya kita tidak dihina
B. supaya kita
mengenali kekuatan dan kelemahan diri
C. supaya kita
lebih dikenali rakan
D. supaya dapat bermegah-megah 2. Apakah tujuan kita bersenam?
A. supaya cepat
besar
B. supaya badan
sihat dan cergas
C. untuk
menambahkan pengetahuan
D. untuk mendapatkan lebih banyak kawan 3. Berikut ialah cara belajar yang betul, kecuali _______
A. mengulang kaji
pelajaran dua minggu sekali
B. membuat
rujukan di pusat sumber
C. menumpukan
perhatian ketika guru sedang mengajar
D. mengulang kaji pelajaran setiap hari 4. Keputusan peperiksaan kamu kurang cemerlang berbanding dengan keputusan peperiksaan abang. Apakah tindakan kamu?
A. tidak menegur
abang selama sehari
B. mengucapkan
tahniah kepada abang dan belajar dengan lebih gigih
C. menangis dan
merajuk
D. memarahi abang kerana tidak membantu kamu
mengulang kaji 5. Siapakah Ketua Negara Malaysia?
A. Sultan
B. Perdana
Menteri
C. Yang di-Pertua
Negeri
D. Yang di-Pertuan Agong 6. Surina ingin mengambil lauk di depan ibunya. Apakah dialog yang sesuai Surina ucapkan?
A. “Cepatlah saya
mahu lauk itu.”
B. “Ibu, tolong
hulurkan lauk itu kepada saya.”
C. “Hei, beri
saya lauk itu.”
D. “Ambilkan lauk itu.” 7. Pernyataan yang berikut menerangkan tentang keunikan Malaysia, kecuali _______
A. kedudukan
Malaysia yang strategik, iaitu di laluan timur dan barat
B. rakyat
Malaysia terdiri daripada bangsa Melayu
C. sebuah negara
yang aman dan makmur
D. budaya yang pelbagai dan unik 8. Apakah kebaikan murid mengamalkan budaya cemerlang?
A. dapat
memajukan diri dan membanggakan keluarga dan negara
B. cepat mendapat
simpati rakan apabila ditimpa kesusahan
C. dapat
bersekolah di sekolah yang terkenal
D. terpilih menyertai sekolah dalam acara sukan 9. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh murid ketika menyanyikan lagu kebangsaan?
A. menghormati
dan menghayati identiti negara
B. rajin belajar
dan berusaha
C. mengamalkan
kebersihan diri
D. menghormati guru
dan rakan
10. Siapakah antara berikut adalah komuniti sekolah?
10. Siapakah antara berikut adalah komuniti sekolah?
i. Posmen
ii. Pemandu bas
iii. Guru
iv. Tukang kebun
A. i dan ii
A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iv
Tuesday, November 6, 2012
PSK: LATIHAN OBJEKTIF TAHUN 5
1. Kepentingan mengamalkan sikap berdisplin ialah
A. mudah diterima dalam sesuatu kelompok.
B. menghilangkan perasaan rendah diri.
C. membentuk sahsiah diri yang baik.
D. membentuk keyakinan diri.
2. Satu cara untuk mendisiplinkan diri di perpustakaan ialah
A. bercakap sesuka hati.
B. mengoyak gambar yang disukai yang terdapat dalam buku cerita.
C. senyap dan meletakkan buku di tempat asal.
D. membawa keluar bahan bacaan secara senyap tanpa pengetahuan guru.
3. Individu yang suka melanggar peraturan yang ditetapkan menunjukkan dia bersikap
A. mengelakkan pembaziran.
B. mempunyai masa rehat yang mengcukupi.
C. melakukan aktiviti yang disukai.
D. menilai kesilapan yang pernah dilakukan.
4. Alya telah dinobatkan sebagai murid contoh di sekolahnya. Pada pendapat kamu,mengapakah dia dipilih ?
A. Dia menjadi murid kesayangan guru dan kawan-kawannya.
B. Dia rajin membuat kerja rumah.
C. Penghargaan kerana dia seorang murid yang berdisiplin dan mengamalkansikap terpuji.
D. Dia suka mengampu guru besar.
5. Tempat beribadat ialah tempat untuk
A. mengulangkaji pelajaran.
B. beriadah.
C. bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan.
D. berbual-bual.
6. Adab ketika makan adalah seperti yang berikut, kecuali
A. Mengunyah makanan dengan perlahan tanpa mengeluarkan bunyi yang kuat.
B. Tidak bercakap-cakap semasa mengunyah makanan.
C. Membaca doa sebelum makan.
D. Bergurau senda semasa makan
7. Bagaimanakah kita dapat menguruskan masa dengan baik semasa berada di rumah ?
A. Menampalkan nota penting di dinding bilik.
B. Meminta ibu mengingatkan kita tentang perkara yang perlu dilakukan.
C. Menyediakan jadual aktiviti harian dan menampalkannya di dinding bilik.
D. Sentiasa mengunci jam loceng untuk mengingatkan diri perkara yang perlu dilakukan.
8. Pilih pernyataan yang benar tentang masa.
I. Masa ibarat besi keras.
II. Masa tidak boleh dijual beli.
III. Masa lapang boleh digunakan dalam pelbagai cara.
A. I sahaja.
C. II dan III.
B. I dan II.
D. III sahaja.
9. Individu yang suka melanggar peraturan yang ditetapkan menunjukkan dia bersikap
A. tidak bertanggungjawab.
C. tidak bertimbang rasa.
B. tidak perihatin.
D. tidak berdisiplin.
10. Sebelum melakukan sebarang aktiviti dalam bilik darjah ketika waktu senggang kita patut meminta_________guru terlebih dahulu.
A. pesanan
C. amaran
B. teguran
D. kebenaran
11. Susun situasi di bawah mengikut kepentingan masa.
I. Menonton televisyen.
II. Mengulang kaji pelajaran.
III. Bermain dengan kawan.
IV. Menolong ibu.
A. III, IV, II dan I
B. I, II, III, dan IV
C. II, IV, III, dan I
D. I, III, IV, dan II

PSK: LATIHAN OBJEKTIF TAHUN 4 (MENGENALI DIRI)
PSK: LATIHAN OBJEKTIF TAHUN 4
TEMA: MENGENALI DIRI
TEMA: MENGENALI DIRI
1. Kekuatan diri terdiri daripada berikut, kecuali
A. jujur
B. pandai
C. peramah
D. bercakap bohong
2. Luqman bercita-cita ingin menjadi doktor. Untuk mencapai cita-cita
tersebut dia hendaklah
A. rajin mengulang kaji
B. suka bertanya
C. menghadiri kelas tambahan
D. kuat berangan
3. Mengapakah kekuatan diri sangat penting kepada kita?
A. Kita mudah dikenali
B. Menghalang daripada dibuli
C. Kita boleh menunjuk-nunjuk
D. Semua orang menyenangi diri kita
4.Apakah yang kamu faham dengan memajukan diri?
A. Belajar selama 18 jam sehari.
B. Tidak memberi tumpuan ketika guru mengajar.
C. Mengembangkan diri dalam bidang yang diceburi.
D. Hanya belajar menjelang hari peperiksaan.
5. Jika mengalami kegagalan, kita tidak harus putus asa. Sikap begini
menunjukkan kita seorang yang
A rajin
B tabah
C malas
D berkeyakinan
6. Chee Keong seorang murid yang tabah dan cekal menghadapi cabaran hidup.
Dia tekun mengulang kaji pada setiap hari. Dia berjaya mencapai keputusan
cemerlang dalam setiap peperiksaan. Sikap seperti ini membolehkan dia
A. lebih kacak
B. disayangi oleh semua orang
C. berjaga hingga lewat malam
D. mencapai kejayaan dalam hidup
7. Andai kamu ingin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, kamu
hendaklah
A. rajin mengulang kaji.
B. menulis nota dengan kemas.
C. membeli lebih banyak buku rujukan.
D. hanya belajar mata pelajaran yang digemari.
8. Muthu hendak berjaya dalam pelajaran. Bantulah dia untuk mengamalkan
cara belajar yang betul.
I. Mengadakan kumpulan perbincangan
II. Sentiasa membuat ulang kaji
III. Bertanya kepada guru
IV. Belajar hingga lewat malam
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
9. Sebagai seorang murid sekolah, pilih perlakuan yang baik ketika berada
di sekolah.
I. Mendengar dengan tekun ketika guru mengajar.
II. Beratur ketika membeli makanan di kantin.
III. Berkejar-kejaran di tangga sekolah.
IV. Senyap ketika di perpustakaan.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
10. Setiap kelemahan diri harus _____________ jika kita hendak lebih
berjaya.
A. dijauhi
B. dihindari
C. dibiarkan
D. diperbaiki
Sunday, November 4, 2012
Apakah itu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan?
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah dan menengah bagi melahirkan murid yang patriotik dan bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik dan kewarganegaraan.
Matlamat
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.
Objektif
Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Objektif Pengetahuan:
- Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
- Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera.
- Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
- Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik.
- Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara.
- Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.
- Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara.
- Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia.
- Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara.
- Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat.
- Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama.
- Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara.
- Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi. Objektif Nilai:
- Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
- Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan.
- Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia.
- Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.
- Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama.
- Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
- Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara.
- Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat
APA ITU SIVIK?
APA ITU SIVIK?
Majoriti pelajar kurang mengambil berat dengan masalah sivik. Setiap hari ketika di sekolah, guru-guru menekankan tentang masalah sivik yang paling ketara berlaku di kalangan pelajar iaitu KEBERSIHAN. Tidak keterlaluan jika dikatakan pelajar seolah-olah seperti sudah tidak tahu menjaga kebersihan. Banyak sampah di sana-sini. Juga banyak contengan. Sama ada kurang didikan daripada rumah atau mungkin inilah masalah biasa bila negara semakin maju dan moden. Semua pelajar seharusnya tahu menjaga kebersihan. Apatah lagi jika kebersihan diri pun tidak dijaga dengan baik seperti kebersihan pakaian, kasut, stokin dan apa sahaja yang sepatutnya dijaga kebersihan. Biasanya kita sendiri akan merasa 'senang' atau tidak merasakan apa-apa jika bau busuk datang daripada kita sendiri tetapi kita akan cepat melenting, melatah atau menutup hidung bila bau busuk datang daripada orang lain.
Sangat menghairankan bila hal-hal tidak menjaga kebersihan seperti ini berlaku. Kenapa? Mungkin kerana sikap manja atau tidak mahu berdikari yang ditanam di rumah atau mungkin kerana adanya pembantu rumah (amah) yang melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah? Sangat menggeramkan bila sampah boleh dilihat merata tempat sedangkan tong sampah disediakan.
Setiap hari kita membuang bertan-tan sampah. Jika sampah ini tidak dibuang dengan betul, pasti dengan masa yang singkat boleh menenggelamkan satu-satu tempat itu. Jika betul, ada cerita mengatakan jika kita kumpul sampah di Malaysia selama beberapa hari, timbunan sampah akan setinggi KLCC. Betul atau tidak, itu membayangkan betapa banyaknya sampah kita setiap hari.
Di Singapura, pembuangan sampah di merata tempat merupakan satu kesalahan besar. Ini menunjukkan betapa kerajaan mereka mementingkan kebersihan alam sekitar. Pesalah akan didenda dengan berat jika tertangkap. Hairannya, kita di Malaysia dengan selamba sahaja membuang sampah di merata tempat seperti keluar tingkap kereta, puntung-puntung rokok di celah-celah pokok bunga, tiket-tiket bas yang disisipkan di celah-celah tempat duduk, gula-gula getah yang dilekatkan begitu sahaja di mana-mana dan banyak lagi bentuk pembuangan sampah.
Perkara yang ditimbulkan di sini hanyalah merupakan satu isu sivik manusia. Kita tahu bahawa sikap tidak menjaga kebersihan merupakan satu sikap yang tidak baik. Tapi, kita masih juga melakukannya. Kita belum lagi menyentuh isu-isu sivik yang lain yang banyak berlaku di mana-mana.
Diharap kita semua dapat mengubah diri dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan sekeliling kita. Mulakan dengan menjaga kebersihan diri sendiri. Jika kita benar-benar menjaga kebersihan diri, secara langsung kita juga akan menjaga kebersihan alam sekitar kita. Marilah kita saling menasihati satu sama lain dalam hal menjaga kebersihan. Kebaikan untuk kita sendiri juga.

Subscribe to:
Posts (Atom)