Saturday, November 10, 2012

PSK: LATIHAN OBJEKTIF TAHUN 4

PSK: LATIHAN OBJEKTIF TAHUN 4 

1. Mengapakah kita perlu mengenali diri sendiri?
A. supaya kita tidak dihina
B. supaya kita mengenali kekuatan dan kelemahan diri
C. supaya kita lebih dikenali rakan
D. supaya dapat bermegah-megah 

2. Apakah tujuan kita bersenam?
A. supaya cepat besar
B. supaya badan sihat dan cergas
C. untuk menambahkan pengetahuan
D. untuk mendapatkan lebih banyak kawan 

3. Berikut ialah cara belajar yang betul, kecuali _______
A. mengulang kaji pelajaran dua minggu sekali
B. membuat rujukan di pusat sumber
C. menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar
D. mengulang kaji pelajaran setiap hari 

4. Keputusan peperiksaan kamu kurang cemerlang berbanding dengan keputusan peperiksaan abang. Apakah tindakan kamu?
A. tidak menegur abang selama sehari
B. mengucapkan tahniah kepada abang dan belajar dengan lebih gigih
C. menangis dan merajuk
D. memarahi abang kerana tidak membantu kamu mengulang kaji 

5. Siapakah Ketua Negara Malaysia?

A. Sultan
B. Perdana Menteri
C. Yang di-Pertua Negeri
D. Yang di-Pertuan Agong 

6. Surina ingin mengambil lauk di depan ibunya. Apakah dialog yang sesuai Surina ucapkan?

A. “Cepatlah saya mahu lauk itu.”
B. “Ibu, tolong hulurkan lauk itu kepada saya.”
C. “Hei, beri saya lauk itu.”
D. “Ambilkan lauk itu.” 

7. Pernyataan yang berikut menerangkan tentang keunikan Malaysia, kecuali _______
A. kedudukan Malaysia yang strategik, iaitu di laluan timur dan barat
B. rakyat Malaysia terdiri daripada bangsa Melayu
C. sebuah negara yang aman dan makmur
D. budaya yang pelbagai dan unik 

8. Apakah kebaikan murid mengamalkan budaya cemerlang?
A. dapat memajukan diri dan membanggakan keluarga dan negara
B. cepat mendapat simpati rakan apabila ditimpa kesusahan
C. dapat bersekolah di sekolah yang terkenal
D. terpilih menyertai sekolah dalam acara sukan 

9. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh murid ketika menyanyikan lagu kebangsaan?
A. menghormati dan menghayati identiti negara
B. rajin belajar dan berusaha
C. mengamalkan kebersihan diri
D. menghormati guru dan rakan 

10. Siapakah antara berikut adalah komuniti sekolah?
i. Posmen
ii. Pemandu bas
iii. Guru
iv. Tukang kebun

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. iii dan iv
D. i dan iv 

Tuesday, November 6, 2012

PSK: LATIHAN OBJEKTIF TAHUN 5

1. Kepentingan mengamalkan sikap berdisplin ialah
A. mudah diterima dalam sesuatu kelompok.
B. menghilangkan perasaan rendah diri.
C. membentuk sahsiah diri yang baik.
D. membentuk keyakinan diri.

2. Satu cara untuk mendisiplinkan diri di perpustakaan ialah
A. bercakap sesuka hati.
B. mengoyak gambar yang disukai yang terdapat dalam buku cerita.
C. senyap dan meletakkan buku di tempat asal.
D. membawa keluar bahan bacaan secara senyap tanpa pengetahuan guru.

3. Individu yang suka melanggar peraturan yang ditetapkan menunjukkan dia bersikap
A. mengelakkan pembaziran.
B. mempunyai masa rehat yang mengcukupi.
C. melakukan aktiviti yang disukai.
D. menilai kesilapan yang pernah dilakukan.

4. Alya telah dinobatkan sebagai murid contoh di sekolahnya. Pada pendapat kamu,mengapakah dia dipilih ?
A. Dia menjadi murid kesayangan guru dan kawan-kawannya.
B. Dia rajin membuat kerja rumah.
C. Penghargaan kerana dia seorang murid yang berdisiplin dan mengamalkansikap terpuji.
D. Dia suka mengampu guru besar.

5. Tempat beribadat ialah tempat untuk
A. mengulangkaji pelajaran.
B. beriadah.
C. bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan.
D. berbual-bual.

6. Adab ketika makan adalah seperti yang berikut, kecuali
A. Mengunyah makanan dengan perlahan tanpa mengeluarkan bunyi yang kuat.
B. Tidak bercakap-cakap semasa mengunyah makanan.
C. Membaca doa sebelum makan.
D. Bergurau senda semasa makan

7. Bagaimanakah kita dapat menguruskan masa dengan baik semasa berada di rumah ?  
A. Menampalkan nota penting di dinding bilik.
B. Meminta ibu mengingatkan kita tentang perkara yang perlu dilakukan.
C. Menyediakan jadual aktiviti harian dan menampalkannya di dinding bilik.
D. Sentiasa mengunci jam loceng untuk mengingatkan diri perkara yang perlu dilakukan.

8. Pilih pernyataan yang benar tentang masa.
I. Masa ibarat besi keras.
II. Masa tidak boleh dijual beli.
III. Masa lapang boleh digunakan dalam pelbagai cara.

A. I sahaja.
C. II dan III.
B. I dan II.
D. III sahaja.

9. Individu yang suka melanggar peraturan yang ditetapkan menunjukkan dia bersikap
A. tidak bertanggungjawab.
C. tidak bertimbang rasa.
B. tidak perihatin.
D. tidak berdisiplin.

10. Sebelum melakukan sebarang aktiviti dalam bilik darjah ketika waktu senggang kita patut meminta_________guru terlebih dahulu.
A. pesanan
C. amaran
B. teguran
D. kebenaran

11. Susun situasi di bawah mengikut kepentingan masa.
I. Menonton televisyen.
II. Mengulang kaji pelajaran.
III. Bermain dengan kawan.
IV. Menolong ibu.

A. III, IV, II dan I
B. I, II, III, dan IV
C. II, IV, III, dan I
D. I, III, IV, dan II

PSK: LATIHAN OBJEKTIF TAHUN 4 (MENGENALI DIRI)

PSK: LATIHAN OBJEKTIF TAHUN 4
TEMA: MENGENALI DIRI


1. Kekuatan diri terdiri daripada berikut, kecuali
A. jujur
B. pandai
C. peramah
D. bercakap bohong


2. Luqman bercita-cita ingin menjadi doktor. Untuk mencapai cita-cita tersebut dia hendaklah
A. rajin mengulang kaji
B. suka bertanya
C. menghadiri kelas tambahan
D. kuat berangan
 
3. Mengapakah kekuatan diri sangat penting kepada kita?
A. Kita mudah dikenali
B. Menghalang daripada dibuli
C. Kita boleh menunjuk-nunjuk
D. Semua orang menyenangi diri kita

4.Apakah yang kamu faham dengan memajukan diri?
A. Belajar selama 18 jam sehari.
B. Tidak memberi tumpuan ketika guru mengajar.
C. Mengembangkan diri dalam bidang yang diceburi.
D. Hanya belajar menjelang hari peperiksaan.

5. Jika mengalami kegagalan, kita tidak harus putus asa. Sikap begini menunjukkan kita seorang yang
A rajin
B tabah
C malas
D berkeyakinan

6. Chee Keong seorang murid yang tabah dan cekal menghadapi cabaran hidup. Dia tekun mengulang kaji pada setiap hari. Dia berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan. Sikap seperti ini membolehkan dia
A. lebih kacak
B. disayangi oleh semua orang
C. berjaga hingga lewat malam
D. mencapai kejayaan dalam hidup

7. Andai kamu ingin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, kamu hendaklah
A. rajin mengulang kaji.
B. menulis nota dengan kemas.
C. membeli lebih banyak buku rujukan.
D. hanya belajar mata pelajaran yang digemari.

8. Muthu hendak berjaya dalam pelajaran. Bantulah dia untuk mengamalkan cara belajar yang betul.
I. Mengadakan kumpulan perbincangan
II. Sentiasa membuat ulang kaji
III. Bertanya kepada guru
IV. Belajar hingga lewat malam

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

9. Sebagai seorang murid sekolah, pilih perlakuan yang baik ketika berada di sekolah.
I. Mendengar dengan tekun ketika guru mengajar.
II. Beratur ketika membeli makanan di kantin.
III. Berkejar-kejaran di tangga sekolah.
IV. Senyap ketika di perpustakaan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

10. Setiap kelemahan diri harus _____________ jika kita hendak lebih berjaya.
A. dijauhi
B. dihindari
C. dibiarkan
D. diperbaiki

Sunday, November 4, 2012

Apakah itu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan?


Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah dan menengah bagi melahirkan murid yang patriotik dan bertanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik dan kewarganegaraan.

Matlamat

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.


Objektif

Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Objektif Pengetahuan:
  • Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
  • Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera.
  • Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
  • Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik.
  • Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara.
  • Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.
Objektif Kemahiran:
  • Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara.
  • Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia.
  • Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara.
  • Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat.
  • Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama.
  • Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara.
  • Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi. Objektif Nilai:
  • Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
  • Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan.
  • Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia.
  • Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.
  • Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama.
  • Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
  • Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara.
  • Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat
Sumber:  http://www.scribd.com/doc/49401325/Apakah-Itu-Pendidikan-Sivik-Dan-Kewarganegaraan

APA ITU SIVIK?

APA ITU SIVIK?

Majoriti pelajar kurang mengambil berat dengan masalah sivik.  Setiap hari ketika di sekolah, guru-guru menekankan tentang masalah sivik yang paling ketara berlaku di kalangan pelajar iaitu KEBERSIHAN. Tidak keterlaluan jika dikatakan pelajar seolah-olah seperti sudah tidak tahu menjaga kebersihan.  Banyak sampah di sana-sini. Juga banyak contengan. Sama ada kurang didikan daripada rumah atau mungkin inilah masalah biasa bila negara semakin maju dan moden. Semua pelajar seharusnya tahu menjaga kebersihan. Apatah lagi jika kebersihan diri pun tidak dijaga dengan baik seperti kebersihan pakaian, kasut, stokin dan apa sahaja yang sepatutnya dijaga kebersihan. Biasanya kita sendiri akan merasa 'senang' atau tidak merasakan apa-apa jika bau busuk datang daripada kita sendiri tetapi kita akan cepat melenting, melatah atau menutup hidung bila bau busuk datang daripada orang lain.



Sangat menghairankan bila hal-hal tidak menjaga kebersihan seperti ini berlaku. Kenapa? Mungkin kerana sikap manja atau tidak mahu berdikari yang ditanam di rumah atau mungkin kerana adanya pembantu rumah (amah) yang melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah? Sangat menggeramkan bila sampah boleh dilihat merata tempat sedangkan tong sampah disediakan.

Setiap hari kita membuang bertan-tan sampah. Jika sampah ini tidak dibuang dengan betul, pasti dengan masa yang singkat boleh menenggelamkan satu-satu tempat itu. Jika betul, ada cerita mengatakan jika kita kumpul sampah di Malaysia selama beberapa hari, timbunan sampah akan setinggi KLCC. Betul atau tidak, itu membayangkan betapa banyaknya sampah kita setiap hari.

Di Singapura, pembuangan sampah di merata tempat merupakan satu kesalahan besar. Ini menunjukkan betapa kerajaan mereka mementingkan kebersihan alam sekitar. Pesalah akan didenda dengan berat jika tertangkap. Hairannya, kita di Malaysia dengan selamba sahaja membuang sampah di merata tempat seperti keluar tingkap kereta, puntung-puntung rokok di celah-celah pokok bunga, tiket-tiket bas yang disisipkan di celah-celah tempat duduk, gula-gula getah yang dilekatkan begitu sahaja di mana-mana dan banyak lagi bentuk pembuangan sampah.

Perkara yang ditimbulkan di sini hanyalah merupakan satu isu sivik manusia. Kita tahu bahawa sikap tidak menjaga kebersihan merupakan satu sikap yang tidak baik. Tapi, kita masih juga melakukannya. Kita belum lagi menyentuh isu-isu sivik yang lain yang banyak berlaku di mana-mana.

Diharap kita semua dapat mengubah diri dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan sekeliling kita. Mulakan dengan menjaga kebersihan diri sendiri. Jika kita benar-benar menjaga kebersihan diri, secara langsung kita juga akan menjaga kebersihan alam sekitar kita. Marilah kita saling menasihati satu sama lain dalam hal menjaga kebersihan. Kebaikan untuk kita sendiri juga.

Friday, October 5, 2012

MANFAATKAN MASA

MANFAATKAN MASA

Sekumpulan semut dan cengkerik tinggal dalam sebuah belukar. Semut tinggal berhampiran dengan sebuah busut, manakala cengkerik pula bebas merayau-rayau di dalam belukar tersebut.

Setiap hari semut dan rakan-rakannya mencari makanan untuk dikumpulkan sebelum musim tengkujuh tiba. Semut berkata kepada rakan-rakannya, "Kita perlu mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan makanan kerana kita tidak dapat bergerak dengan pantas seperti cengkerik. Masa yang ada mesti kita gunakan dengan sebaik mungkin supaya tidak menyesal pada hari kemudian. Kita mesti menyediakan payung sebelum hujan dan mengelakkan pembaziran masa."

Cengkerik berkata kepada semut, "Cuaca sangat baik, marilah kita keluar bersiar-siar."

Semut menolak pelawaan cengkerik kerana dia perlu mengumpulkan makanan dahulu. Cengkerik terus bersiar-siar sepanjang hari.

Hari semakin mendung, guruh berdentum dan kilat sambar-menyambar. Hujan turun dengan lebat. Cengkerik menjadi kelam-kabut kerana tidak sempat membuat persiapan untuk menghadapi musim tengkujuh. Akhirnya cengkerik mati kelaparan.
Soalan
  1. Mengapakah semut menolak pelawaan cengkerik untuk bersiar-siar?
  2. Berikan maksud sediakan payung sebelum hujan.
  3. Apakah akibat yang telah menimpa cengkerik?

Tuesday, October 2, 2012

PERANAN AGENSI TEMPATAN

PERANAN AGENSI TEMPATAN

Kerajaan menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk memberikan kemudahan dan keselesaan hidup kepada masayarakat. Perkhidmatan ini diberikan melalui agensi tempatan seperti bomba dan penyelamat, majlis daerah dan rukun tetangga.

Bomba dan Penyelamat

Jabatan Bomba dan Penyelamat ditubuhkan untuk memberikan khidmat seperti yang berikut;
  • memadamkan, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
  • melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
  • menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelenggaraan dan pengawal seliaannya yang sempurna.
  • menjalankan penyiasatan tentang sebab,punca dan hal kebakaran.
  • melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta benda semasa berlakunya bencana.

Majlis Daerah

Tugas utama majlis daerah adalah seperti yang berikut:
  • menggubal, melaksanakan, menguatkuasakan undang-undang serta dasar untuk kepentingan dan kesejahteraan penduduk tempatan.
  • menyediakan perlhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan pengawasan penyakit berjangkit.
  • menguruskan kebersihan dan kecantikan bandar.
  • memberikan perkhidmatan kebersihan dan pembuangan sampah.
  • menyediakan peluang perniagaan dengan membekalkan kemudahan dan infrastruktur perniagaan.
  • mengeluarkan lesen perniagaan.
  • merancang, mengawal dan mengatur jenis-jenis pembangunan di kawasan yang ditadbir.
  • memungut cukai pintu rumah di kawasan pentadbirannya.
  • menyediakan kemudahan awam seperti pasar awam, dewan orang ramai, padang permainan, tandas awam, perhentian bas dan taman rekreasi.

Rukun Tetangga

Rukun tetangga diwujudkan oleh kerajaan untuk tujuan yang berikut:
  • memelihara, meningkatkan dan mengukuhkan perpaduan rakyat.
  • melaksanakan dasar integrasi nasional.
  • membimbing dan mendidik masyarakat setempat ke arah kerukunan, permuafakatan dan kemesraan.
  • membantu kerajaan membudayakan perpaduan dalam kalangan rakyat.
  • mencegah jenayah.




SOALAN

  1. Apakah peranan utama Jabatan Bomba dan Penyelamat?
  2. Mengapakah kerajaan menubuhkan majlis daerah?
  3. Bincangkan cara rukun tetangga memupuk perpaduan rakyat dan integrasi nasional.
  4. Senaraikancara kamu boleh bekerjasama dengan agensi tempatan untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.
  5. Ramalkan kesan sekiranya tiada perkhidmatan agensi tempatan di tempat tinggal kamu.

SAJAK : KEPERLUAN TERJAGA, KEHIDUPAN BAHAGIA



IBU DAN AYAH TERCINTA

Ibu dan ayah tercinta
kuukir harapan pada waktu ini
restuilah anakmu
yang ingin hidup
mencari erti...

Makan minum semua terjaga
tiada apa yang kurisaukan
siramlah air damai
mesra kasihmu
selalu... selalu...

Ibu dan ayah tercinta
usah risaukan anakmu ini
nikmat jidup menyapa daku
sebelum dan sesudahnya
kasihku padamu
padu tak berbelah bahagi...

Ibu dan ayah tercinta
sentuhlah mukaku
dalam ucap selamat
kasih sayangmu...

*Dipetik daripada Buku Teks PSK Tahun 6

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAK


HAK DAN TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAK

Semua kanak-kanak di Malaysia dan negara lain mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama. Orang dewasa bertanggungjawab membesarkan dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak. Mereka perlu memelihara hak kanak-kanak untuk memastikan mereka sempurna dari segi kehidupan, perlindungan, perkembangan dan penyertaan.

Glosari:
Kanak-kanak -individu di bawah umur 18 tahun.
Hak -perkara asas yang perlu ada untuk kesejahteraan hidup.
Tanggungjawab -kewajipan menghormati dan menghargai sesuatu hak.
Seksual -ciri-ciri atau sifat yang berkaitan dengan jantina.
Personaliti -keperibadian, perwatakan.

Kehidupan
  • mendapat makanan, pakaian dan tempat tinggal.
  • membesar dalam suasana sihat, kasih sayang dan perhatian.
Perkembangan
  • bersekolah.
  • mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan.
Perlindungan
  • perlindungan fizikal, seksual dan emosi.
  • membesar dengan sihat dan cergs.
Penyertaan
  • berinteraksi dan berkawan.
  • menyertai aktiviti kelab dan sukan.
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia merupakan satu pengiktirafan terhadap hak kanak-kanak. Di Malaysia, Anugerah Tokoh Kanak-Kanak ialah satu bentuk pengiktirafan yang diberikan kepada kanak-kanak bagi menghargai pencapaian mereka.