Tuesday, October 2, 2012

PERANAN AGENSI TEMPATAN

PERANAN AGENSI TEMPATAN

Kerajaan menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk memberikan kemudahan dan keselesaan hidup kepada masayarakat. Perkhidmatan ini diberikan melalui agensi tempatan seperti bomba dan penyelamat, majlis daerah dan rukun tetangga.

Bomba dan Penyelamat

Jabatan Bomba dan Penyelamat ditubuhkan untuk memberikan khidmat seperti yang berikut;
  • memadamkan, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
  • melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
  • menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelenggaraan dan pengawal seliaannya yang sempurna.
  • menjalankan penyiasatan tentang sebab,punca dan hal kebakaran.
  • melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta benda semasa berlakunya bencana.

Majlis Daerah

Tugas utama majlis daerah adalah seperti yang berikut:
  • menggubal, melaksanakan, menguatkuasakan undang-undang serta dasar untuk kepentingan dan kesejahteraan penduduk tempatan.
  • menyediakan perlhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan pengawasan penyakit berjangkit.
  • menguruskan kebersihan dan kecantikan bandar.
  • memberikan perkhidmatan kebersihan dan pembuangan sampah.
  • menyediakan peluang perniagaan dengan membekalkan kemudahan dan infrastruktur perniagaan.
  • mengeluarkan lesen perniagaan.
  • merancang, mengawal dan mengatur jenis-jenis pembangunan di kawasan yang ditadbir.
  • memungut cukai pintu rumah di kawasan pentadbirannya.
  • menyediakan kemudahan awam seperti pasar awam, dewan orang ramai, padang permainan, tandas awam, perhentian bas dan taman rekreasi.

Rukun Tetangga

Rukun tetangga diwujudkan oleh kerajaan untuk tujuan yang berikut:
  • memelihara, meningkatkan dan mengukuhkan perpaduan rakyat.
  • melaksanakan dasar integrasi nasional.
  • membimbing dan mendidik masyarakat setempat ke arah kerukunan, permuafakatan dan kemesraan.
  • membantu kerajaan membudayakan perpaduan dalam kalangan rakyat.
  • mencegah jenayah.




SOALAN

  1. Apakah peranan utama Jabatan Bomba dan Penyelamat?
  2. Mengapakah kerajaan menubuhkan majlis daerah?
  3. Bincangkan cara rukun tetangga memupuk perpaduan rakyat dan integrasi nasional.
  4. Senaraikancara kamu boleh bekerjasama dengan agensi tempatan untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.
  5. Ramalkan kesan sekiranya tiada perkhidmatan agensi tempatan di tempat tinggal kamu.

5 comments: