Friday, October 5, 2012

MANFAATKAN MASA

MANFAATKAN MASA

Sekumpulan semut dan cengkerik tinggal dalam sebuah belukar. Semut tinggal berhampiran dengan sebuah busut, manakala cengkerik pula bebas merayau-rayau di dalam belukar tersebut.

Setiap hari semut dan rakan-rakannya mencari makanan untuk dikumpulkan sebelum musim tengkujuh tiba. Semut berkata kepada rakan-rakannya, "Kita perlu mengambil masa yang lama untuk mengumpulkan makanan kerana kita tidak dapat bergerak dengan pantas seperti cengkerik. Masa yang ada mesti kita gunakan dengan sebaik mungkin supaya tidak menyesal pada hari kemudian. Kita mesti menyediakan payung sebelum hujan dan mengelakkan pembaziran masa."

Cengkerik berkata kepada semut, "Cuaca sangat baik, marilah kita keluar bersiar-siar."

Semut menolak pelawaan cengkerik kerana dia perlu mengumpulkan makanan dahulu. Cengkerik terus bersiar-siar sepanjang hari.

Hari semakin mendung, guruh berdentum dan kilat sambar-menyambar. Hujan turun dengan lebat. Cengkerik menjadi kelam-kabut kerana tidak sempat membuat persiapan untuk menghadapi musim tengkujuh. Akhirnya cengkerik mati kelaparan.
Soalan
  1. Mengapakah semut menolak pelawaan cengkerik untuk bersiar-siar?
  2. Berikan maksud sediakan payung sebelum hujan.
  3. Apakah akibat yang telah menimpa cengkerik?

Tuesday, October 2, 2012

PERANAN AGENSI TEMPATAN

PERANAN AGENSI TEMPATAN

Kerajaan menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk memberikan kemudahan dan keselesaan hidup kepada masayarakat. Perkhidmatan ini diberikan melalui agensi tempatan seperti bomba dan penyelamat, majlis daerah dan rukun tetangga.

Bomba dan Penyelamat

Jabatan Bomba dan Penyelamat ditubuhkan untuk memberikan khidmat seperti yang berikut;
  • memadamkan, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
  • melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
  • menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelenggaraan dan pengawal seliaannya yang sempurna.
  • menjalankan penyiasatan tentang sebab,punca dan hal kebakaran.
  • melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta benda semasa berlakunya bencana.

Majlis Daerah

Tugas utama majlis daerah adalah seperti yang berikut:
  • menggubal, melaksanakan, menguatkuasakan undang-undang serta dasar untuk kepentingan dan kesejahteraan penduduk tempatan.
  • menyediakan perlhidmatan kesihatan, kawalan makanan, kebersihan pusat jualan makanan dan pengawasan penyakit berjangkit.
  • menguruskan kebersihan dan kecantikan bandar.
  • memberikan perkhidmatan kebersihan dan pembuangan sampah.
  • menyediakan peluang perniagaan dengan membekalkan kemudahan dan infrastruktur perniagaan.
  • mengeluarkan lesen perniagaan.
  • merancang, mengawal dan mengatur jenis-jenis pembangunan di kawasan yang ditadbir.
  • memungut cukai pintu rumah di kawasan pentadbirannya.
  • menyediakan kemudahan awam seperti pasar awam, dewan orang ramai, padang permainan, tandas awam, perhentian bas dan taman rekreasi.

Rukun Tetangga

Rukun tetangga diwujudkan oleh kerajaan untuk tujuan yang berikut:
  • memelihara, meningkatkan dan mengukuhkan perpaduan rakyat.
  • melaksanakan dasar integrasi nasional.
  • membimbing dan mendidik masyarakat setempat ke arah kerukunan, permuafakatan dan kemesraan.
  • membantu kerajaan membudayakan perpaduan dalam kalangan rakyat.
  • mencegah jenayah.




SOALAN

  1. Apakah peranan utama Jabatan Bomba dan Penyelamat?
  2. Mengapakah kerajaan menubuhkan majlis daerah?
  3. Bincangkan cara rukun tetangga memupuk perpaduan rakyat dan integrasi nasional.
  4. Senaraikancara kamu boleh bekerjasama dengan agensi tempatan untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.
  5. Ramalkan kesan sekiranya tiada perkhidmatan agensi tempatan di tempat tinggal kamu.

SAJAK : KEPERLUAN TERJAGA, KEHIDUPAN BAHAGIA



IBU DAN AYAH TERCINTA

Ibu dan ayah tercinta
kuukir harapan pada waktu ini
restuilah anakmu
yang ingin hidup
mencari erti...

Makan minum semua terjaga
tiada apa yang kurisaukan
siramlah air damai
mesra kasihmu
selalu... selalu...

Ibu dan ayah tercinta
usah risaukan anakmu ini
nikmat jidup menyapa daku
sebelum dan sesudahnya
kasihku padamu
padu tak berbelah bahagi...

Ibu dan ayah tercinta
sentuhlah mukaku
dalam ucap selamat
kasih sayangmu...

*Dipetik daripada Buku Teks PSK Tahun 6

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAK


HAK DAN TANGGUNGJAWAB KANAK-KANAK

Semua kanak-kanak di Malaysia dan negara lain mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama. Orang dewasa bertanggungjawab membesarkan dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak. Mereka perlu memelihara hak kanak-kanak untuk memastikan mereka sempurna dari segi kehidupan, perlindungan, perkembangan dan penyertaan.

Glosari:
Kanak-kanak -individu di bawah umur 18 tahun.
Hak -perkara asas yang perlu ada untuk kesejahteraan hidup.
Tanggungjawab -kewajipan menghormati dan menghargai sesuatu hak.
Seksual -ciri-ciri atau sifat yang berkaitan dengan jantina.
Personaliti -keperibadian, perwatakan.

Kehidupan
  • mendapat makanan, pakaian dan tempat tinggal.
  • membesar dalam suasana sihat, kasih sayang dan perhatian.
Perkembangan
  • bersekolah.
  • mengembangkan personaliti, bakat dan kebolehan.
Perlindungan
  • perlindungan fizikal, seksual dan emosi.
  • membesar dengan sihat dan cergs.
Penyertaan
  • berinteraksi dan berkawan.
  • menyertai aktiviti kelab dan sukan.
Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia merupakan satu pengiktirafan terhadap hak kanak-kanak. Di Malaysia, Anugerah Tokoh Kanak-Kanak ialah satu bentuk pengiktirafan yang diberikan kepada kanak-kanak bagi menghargai pencapaian mereka.